Sunday, February 17

Daun kesum ibarat harimau berkepala rusa


Yahampoon amenda entah tajuk i bagi.
I malas nak pikir ni, i cuma nak describe daun kesum adalah agak rare di bumi Ireland ini.
Sama lah seperti harimau berkepala rusa. Takde kena mengena eh?
Kalau i tukar kepada kucing bertanduk seploh? Okay?

Long story short. I was on holiday last week, tetiba mengidam ke Laksa Penang.
Tahap mengidam kalah mak mengandung kembar lapanplohlapan. Hamboi boleh meletop perut.
Ini serious.
Memandangkan diri ini tak duduk kat malaysia, maka haruslah masak sendiri kalau mengidam cenggini. Kalau ada laki boleh jugak nak mengada.

"Abang, kalau nak anak hemseng kan, abang kena masak laksa penang tau? Kalau abang tak masak, bila anak lahir je muka dia macam ikan kuah laksa tu? Ha camne bang? Mulut dia bukak tutup bukak tutup macam ikan cari oksigen tu ha ada jugak iras ikan sepat sikit tapi kalau pempuan mungkin iras ikan cermin macam girly sikit gitu tapi kalau ikan laga okay gak bang warna warni dua singgit camtu comel bang ikan jaws ekor lapan satu singgit mahal sikitla dari ikan laga tadi bla bla bla bla"

"Fine fineee okay fine abang masak......"

"Omagaaad serious abang nak masak betul?!
Ni saya pacak lilin terus ni! Kita candle light dinner seminggu empatploh malam!
Anak abang ah paling hemseng sekali iras ikan gupi sikit pun takde bang! Ikan flower horn pun terjun KB Mall jeles dengan anak abang! Little mermaid suruh spongebob datang merisik si Squidward pegang semua dulang hantaran sebab tangan dia banyak bang!"

Jangan la over cenggitu, kemek hati abang. Tau la aritu abang buat maggi goreng gi letak air jadi kuah. Tawor hebey maggi abang.
Okay bang tak over cuma overexcited je omagaad. Like seriously xoxo.

Okay Tiara okay back to your main topic daun kesum.

Laksa penang was indeed a mission. Gigih dan sangat berkibar semangat nak buat.
Kobar kibar sama jela janganla kerut dahi cenggitu kang cepat tua.

Siap gamble okay jangan main-main.
Daun kalsom? Shadaaap youuu i darah irish sejak lahir
 panggil kalsom bukan kesom. Hahah -.-

Memang berjaya masak pun in the end it doesn't even matter i had to fall to lose it all ha tengok Linkin Park pun suka laksa penang ni. I type semula eh. Memang berjaya masak pun in the end tu tapi, halangan dan rintangan yang diharungi agak berliku lekuk.

Pertama, mana i nak cari ikan kembong atau ikan selayang untuk buat kuah laksa? Takkan la i nak pancing penguin pastu tiup perut dia sampai dia kembung pulak. Pastu paksa dia melayangkan diri. Kalau dia degil tanak melayang terbang i ugut cabut insang biar takleh napas. Bila dah kembungkan perut penguin tu, terus mengadap dinding dapur pulak pukau diri sendiri.

"ini ikan kembung Tiara...ini ikan kembong...ini ikan kembong~"

Budak sekolah dilarang baca blog ini. Sukahati letak penguin dalam keluarga ikan mentang-mentang dia berenang dalam air. Konpem fail pendidikan seni, exam suruh lukis ikan konpiden je lukis penguin. Ini cikgu tak bagi gred F untuk Fail, dia bagi gred T.
T untuk Tenuk Tahap Terlampau.

Dugaan kedua, mana nak cari mee laksa penang tu yahampooon. Kalau pakai bihun bekalan mak kasi dari malaysia, memang sangat bukan Laksa Penang nama dia. Terus tukar nama jadi Kurus Keding Penang. Mee laksa tu punya gomok compare dengan bihun kurus halus cenggitu memang lain la cerita dia.

Dugaan ketiga, daun kesum dan bunga kantan. Kalau takda one of them baik kau berenang balik malaysia jela Tiara. Set GPS ke restoran laksa penang terus. Sambil berenang sambil kutip ikan kembong. Takde maknanya laksa penang tanpa hadirnya Puan Kalsom ini.

Sekian saja segala halangan. Sekarang part mencari bahan masak.

I was at home and a friend of mine wanna come over. So i lagi semangat nak masak bila ada geng teman makan. I asked her to buy me daun kesum. Maka bermula lah cyber shopping di whatsapp.

Serious best shopping cenggini, main tengok gambar macam nak beli perabot Courts Mammoth kaedahnya.

And the best part was this.

Bunga kantan yang basah tu?
Bunga kantan yang basah.
Tanpa segan silu terus i nyanyi lagu Poziah Latip sekuat hati dalam bilik. 
Pegang bedak jadi mikropon. Feeling habis.
Aku tidak sudi melihat dia lagi! Walau dalam mimpi pun tidak ku ingini! Aku rela menjadi teratai yang layu! Daripada mekar di dalamnya tasik madu~~ uuuuu~~ uuu~~~
Bapakla sedap i nyanyi siap ada vibrato gitu. Najwa Latip pun gigit mikropon tengok i.

I don't blame u kawan, bunga teratai memang ada rupa bunga kantan jugak.
Mungkin atok serupa, nenek lain-lain. Dierang cucu tiri.
Ini bunga kantan sebenar, versi kering. Mereka hidup di darat.
Yang basah tinggal kat tasik tu kakak sulung si Bunga Teratai.

Comel much kawan i ni tanya daun, tanya bunga semua. Takut salah beli, risau i kecewa.
Whatever it is, we had fun cooking the other day. Terima kasih kepada kawan i sebab sama gigih jugak mencari daun kesum kat Asia Market. I tahu beliau pun semangat berkibar cari bahan masak. Sambil cari, sambil kibar baju kat dalam kedai tu macam batman, lari sana sini jerit mana daun kesum! mana bunga kantan! woi ini bau macam daun kari! aku nak kesum! kesum! Wah tetiba terbayang pulak macam tak betul pun ada i rasa.

So....

How does Laksa Penang versi oversea look like?

Jeng! 

Jeng!

Jeng!




Laksa Penang Air Mata Bergenang
T__T

You wanna know bertapa bersyukurnya i bila kawan i berjaya beli daun kesum?


Sanggup buat 6 type of desserts untuk beliau sebagai upah okeh. Banana Split, Tiramisu Cake, Pudding Cocktail, Kek Batik, Marble Cake dan juga Eskem Goreng! Memang berkampung kat dapur non stop masak. Kalau dapur ni manusia dia dah call Susilo Bambang bagitau berlaku penderaan hakiki. Naik bot sekali dengan bibik lama i. Oh to add more happiness, plan B which is Nasi Minyak pun i masak jugak on the next day sebab kawan i tu overnight kat rumah i. Yeay!

Nasi Minyak Lada Merah Buat Gimnastik

We were happy kids on that day. Happy meal mengubati rasa homesick.
I seriously love holiday so so much :)
Kepada yang nak resepi boleh click kat sini. Haha kamikaze je i buat resepi sendiri.
Cuti sudah habis anyway. Kena simpan apron, keluarkan stethoscope.
Boleh la sape-sape nak post makanan kat rumah i pulak. Everyday masak ala kadar je bila sekolah sobs. Oh by the way, lebihan daun kesum ada lagi dalam fridge. I might cook Asam Pedas Penguin?
Anyone? Nak join sekali?

*sambung makan maggi*

Saturday, February 2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...